Thursday, January 13, 2011

DARURRASYAD





AKTIVITI : IQRA ’-Al-QURAN-TAHFIZ-FARDUL AIN-BIMBINGAN-DIDIKAN- USRAH-SULUK-AKHLAK-QIAMULLAI-TAHAJUD-MOTIVSI CERAMAH-B.ARAB-PUASA-HALAQAH DLL.



" Ke Arah Celik Al-Quran Dan Akhlak Cemerlang "
“ membentuk generasi Quranic”
“Al- Quran penawar hati dan pembentukan akhlak, suluk, 
sahsiah dan keperibadian yang unggul”

PEJABAT & PUSAT BIMBINGAN1 :
1075-E JLN P.CHEPA, KG.BAUNG, 15400 KB KEL.

PEJABAT & PUSAT BIMBINGAN2 :
MASJID AL-RIDHA 179, SEKSYEN 21, JLN. TENGKU ISMAIL/JLN MERICAN, 
TELIPOT 15150 KOTA BHARU, KEL.


014-2919914, 012- 9663314, 013-9949322
http://intensif-alquran.blogspot.com

E-mail/Facebook : darurrasyad@yahoo.com




RASIONAL

Anak-anak merupakan aset yang tidak ternilai sekaligus amanah kepada ibu bapa. Kadangkala, gelap atau cerahnya masa depan anak-anak menjadi ukuran kepada kejayaan sesebuah rumahtangga yang pastinya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Melihat kepada kebimbangan ibu bapa dalam masalah keruntuhan akhlak anak-anak masa kini terutama semasa cuti persekolahan akhir tahun yang panjang, maka pihak Darurasyad telah mengambil inisiatif menawarkan beberapa program yang ada hubung kait dengan al-Quran. Program-program ini sebagai agenda tahunan DR.
PROGRAM-PROGRAM ini untuk  menitik beratkan Pengajian Al-Quran, Fardhu Ain & Cemerlang Akhlak kepada peserta-peserta agar ianya boleh dijadikan panduan di dalam diri peserta dalam menuju dewasa.
Dengan keimanan dan keyakinan kepada kitab suci al-Quran sebagai nadi dan roh   dalam  pembentukan sahsiah serta keperibadian dan pendidik jiwa. Maka atas asas tersebut, timbul ideal untuk menganjurkan program-program ini.  
Firman Allah S.W.T.



maksud ayat Surah al-Isra’ (17): 9

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

firman Allah SWT. lagi


Maksud ayat Surah al-Baqarah (2):2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;                                                                                     
"Sesiapa membaca satu huruf dari Al-Quran maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf."  Tarmidzi
" Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." riwayat Muslim
"al-Quran adalah bimbingan Allah, barang siapa yang mengambilnya dijamin aman dan selamat” adh-dharimi


OBJEKTIF

Membantu ibu bapa untuk memulihkan anak-anak yang lemah Al-Quran.
Melahirkan generasi celik al-Quran dan berakhlak al–Quran
Memantapkan bacaan dan hafazan mengikut hukum dan kaedah yang betul.
Menanam rasa cinta dan sayang kepada Islam dan Al-Quran  sebagai.
Memupuk sikap ingin memahami isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran.
Menanam rasa cinta dan hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara.
Membina serta membimbing peserta supaya berdisiplin dan berakhlak.
Membina keperibadian peserta yang berdaya saing dalam menghadapi kehidupan yang semakin canggih dan mencabar.
Meningkatkan kefahaman dan amalan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.


PROGRAM YANG DITAWARKAN SESI 2011


  • Kelas Intensif al-Quran Musim Cuti
Sasaran         : Umur 8 thn – 14 thn
Masa : Cuti pertengahan tahun 
                        10 hari khatam al-Quran

Masa : Cuti akhir tahun 
                       10 hari khatam & hafal al-Quran


Peralatan-peralatan:
Al-Quran & rehal
Pakaian seragam - Jubah / Baju Melayu dan Kopiah Putih
Pakaian harian sesuai dengan keperibadian Muslim
Toto , Cadar, bantal, selimut
Seluar trak dan T-shirt  untuk bersukan
Berus & ubat gigi, sabun mandi, syampu, sabun cuci, berus 
Pinggan, sudu & gelas dan barang-barang keperluan

  • Kelas Intensif al-Quran lepasan SPM
Sasaran : pelajar lepasan SPM…
Masa : Januari- Mac
                                        

Pengisian Program
Halakah Quran (tilawah/hafalan)
Tafsir & Kitab-kitab al-Hadis
Kelas Fardu Ain dan Bahasa Arab.
Qiamullail, doa , Ma’thurah .
Praktikal wuduk’  dan solat
Bimbingan akhlak & suluk
Motivasi, tazkirah & bimbingan secara langsung.
dan pelbagai lagi.

Peralatan-peralatan:
Al-Quran 
Pakaian seragam - Jubah / Baju Melayu dan Kopiah Putih
Pakaian harian sesuai dengan keperibadian Muslim
Toto , Cadar, bantal, selimut
Seluar trak dan T-shirt  untuk bersukan
Berus & ubat gigi, sabun mandi, syampu, sabun cuci, berus 
Pinggan, sudu & gelas dan barang-barang keperluan


  • Kelas al-Quran dan Tahfiz (Program Taman Tahfiz)
Sasaran : Pra, Rendah dan Menengah
Sesi Pengajian : Sesi pagi, petang dan malam
                          4 hari seminggu Ahad , Isnin, Selasa dan Rabu 
                          Setiap sesi 2 jam
Sukatan : mengikut tahap

  • Tahfiz al-Quarn sistem Maahad
Sasaran : Untuk pelajar tingkatan sahaja.
Sesi : Malam shj.mula jam 7.00 mlm – 9.30 mlm.
           3 mlm seminggu. Isnin, Selasa dan Rabu.
  • Kelas eksklusif hari minggu
Sasaran : Terbuka umum
Masa : Minggu 1 & 3 lelaki
             Minggu 2 & 4 perempuan
             2 mlm 2 hari, Jumaat & Sabtu
             Masuk Khamis petang jam 7.00 mlm
              Keluar Sabtu petang jam 2.00 ptg 
Pengisian :      Al-quran, halaqah, tahfiz, Fardu Ain, tahajud, qiamullail, puasa, bimbingan usrah,      
                        dan akhlak dll.